Wednesday, April 29, 2009

Berita Baik Untuk Penternak dan Peladang !

Mengenali Bakuhanseki..




Dietrich Georg von Kieser

Bakuhanseki adalah sejenis bahan mineral semulajadi dengan formula kimianya MgSO4 . H2O. Ia mula ditemui oleh Dietrich Georg von Kieser seorang ahli fizik di Harburg, Jerman pada tahun 1824. Pada awal tahun 2005 Agensi Angkasa Eropah juga telah menemui mineral ini yang hampir sama kandungannya di planet Marikh di Valles Marineris. Bewarna kelabu keputihan, kekerasan 3.5 dan mempunyai bentuk sistem kristal yang 'monoclinic' iaitu satu daripada 7 kekisi kumpulan titik geometri. Ia terbentuk di dasar laut melalui proses "evaporation" atau penyejatan di dasar laut dengan batu karang yang terfossil selama jutaan tahun.

Bakuhanseki mempunyai bentuk, saiz dan kekerasan yang unik

Proses terjadinya Bakuhanseki

Kenapa perlu memilih produk Bakuhanseki untuk ternakan dan tumbuhan anda?

Bakuhanseki telah lama digunakan dan mula dipraktikan di Asia oleh negara Jepun sejak tahun 1964 oleh Prof. Yamashita Shosi (Pakar Botanical). Ia digunakan secara meluas untuk pertanian, ternakan, perikanan bahkan juga turut digunakan bagi pembuatan produk kosmetik dan ubat-ubatan. Ia juga mula diluluskan di negara Jepun sebagai bahan penambah dalam makanan pada tahun 1976 kerana mempunyai agen antibakteria yang amat efektif. Bahan ini mempunyai mineral yang sangat tinggi seperti magnesium, sulfur, kalsium, natrium, phosphorus, sodium, potassium, kalium dan lain-lain mineral. Elemen mineral ini adalah adalah sangat penting bagi tumbuh-tumbuhan dalam proses fotosintesis dan juga amat diperlukan oleh manusia dan haiwan dalam proses metabolisma.

Kekurangan magnesium di setiap kawasan seluruh dunia.

Kekurangan sulfur pada tumbuhan seluruh dunia menjelang 2010

Contoh penggunaan magnesium dan sulfur untuk manusia dan tumbuhan..

Dinamika magnesium di dalam tanah

Magnesium sebagai pusat atom dalam molekul klorofil

Apa Yang Anda Seharusnya Tahu Tentang Baja Kimia NPK

Baja kimia menunjukkan kandungan nutrien dengan pakej tiga nombor yang berbeza. Nombor-nombor ini mewakili tiga komponen : Nitrogen, Fosforus, Dan Potasy (Kalium), yang boleh juga kita jelaskan sebagai N-P-K. Tiga nombor yang disenaraikan pada label-label berpadanan dengan peratusan bahan-bahan ini di dalam baja. Nitrogen membantu untuk pertumbuhan dedaun. Fosforus membantu pertumbuhan bunga-bunga dan Kalium (Potasy) adalah untuk kesihatan keseluruhan tumbuhan.

Walaubagaimanapun kandungan nitrogen yang tinggi menjurus kepada pertumbuhan secara mendadak di mana tumbuhan yang lemah akan mengalami kebantutan dan mudah terdedah kepada serangan penyakit dan serangga perosak. Ahli sains Jerman Justus Von Liebig adalah orang yang bertanggungjawab untuk teori di mana Nitrogen, Phosphorous, dan Potassium adalah dasar utama bagi penentu pertumbuhan pokok yang sihat.

Bagaimanapun, teori yang diasaskan pada tahun 1800 ini, tidak mengambil kira terdapatnya berdozen lagi nutrien lain dan unsur-unsur yang lebih penting untuk pertumbuhan pokok seperti sulfur, hidrogen, oksigen, karbon, magnesium, dan sebagainya.
Oleh kerana teori Von Liebig tidak boleh dipertikaikan untuk kemajuan sains pertanian, kaedah-kaedah penggunaan nutrien lain yang lebih baik untuk tumbuhan sebahagian besarnya wujud tidak dipedulikan, terutama oleh syarikat-syarikat yang menghasilkan baja kimia pada hari ini.

Sebagai contoh, jika anda ingin mengudarakan tanah, cacing-cacing , mikrob bermanfaat, dan makhluk lain adalah akses yang lebih baik untuk pengudaraan oksigen. Kebanyakkan mereka hidup di dalam tanah yang mempunyai mineral dan organik yang mampu dihadam, sebagai contoh kandungan yang terdapat di dalam Bakuhanseki. Kehadiran mereka akan mewujudkan tanah yang sihat dan subur. Tanah yang sihat merupakan asas untuk tumbuhan sihat.

Di sini adalah jelas bahawa Nitrogen, Phosphorous, dan Potassium (NPK) tidak semestinya menjadi unsur yang penting dalam perkembangan tumbuhan. Sebenarnya, unsur-unsur lain seperti karbon, hidrogen, oksigen, sulfur, magnesium, natrium, dll sebagaimana yang terdapat di dalam Bakuhanseki adalah sama penting untuk tumbuhan. Jika anda memahami maksud yang dijelaskan di sini, sudah pasti anda mampu menjimatkan wang daripada membeli baja kimia yang berlebihan di mana ia sebenarnya boleh melemahkan tanaman di samping anda juga boleh mewujudkan tanaman yang lebih sihat untuk kegunaan kita bersama.


Rangkaian pembahagian karbohidrat antara pucuk dan akar dalam 12 hari ke atas pokok kacang tua menggunakan nutrisi baja berlainan antara P, K, Mg

Contoh kelapa sawit yang tidak mendapat magnesium yang cukup.


Gambar menunjukkan akar pokok semakin panjang setelah asid dapat dihapuskan serta dengan pH yang sesuai.

Kepentingan magnesium dan sulfur pada manusia dan haiwan.

Mineral bukan sahaja memainkan peranan penting dalam nutrisi tumbuhan bahkan ia juga memainkan peranan penting dalam nutrisi kesihatan manusia dan haiwan. Semua tisu dan cairan dalaman tubuh badan mengandungi mineral yang berbeza-beza. Mineral adalah unsur-unsur bagi tulang, gigi, tisu lembut, otot, darah, dan sel-sel saraf. Semua nutrien seperti vitamin, protein, enzim, asid amino, karbohidrat, lemak, gula dan minyak memerlukan mineral untuk sel-sel dalam tubuh berfungsi. Walaupun badan boleh menghasilkan vitamin-vitamin tertentu, ia tidak boleh menghasilkan mineral-mineral yang tunggal. Oleh itu mineral yang mencukupi adalah amat penting kepada keseluruhan keperluan mental dan fizikal.


Keperluan Bakuhanseki kepada ternakan lembu & kambing

Secara umumnya, lembu dan kambing memerlukan kalium, potassium dan magnesium bagi melawaskan makanan mereka. Bagaimanapun kebanyakan makanan terutamanya padang ragut sering kali berubah-ubah tempat menyebabkan komposisi makanan penting seperti magnesium juga berubah-ubah mengikut keadaan rumput itu sendiri. Keadaan ini boleh menjejaskan tumbesaran ternakan lebih-lebih lagi ternakan tenusu. Di dalam Bakuhanseki komponen magnesiumnya adalah paling tinggi grednya kerana ia adalah sulphatic magnesium yakni mudah diserap berbanding magnesium oxide (MgO) dan magnesium cloride (MgC12) yang seringkali mudah terkena sakit perut dan mukosa usus. Nutrisi kalium, klorida, magnesium dan sulfur, kesemuanya mempunyai fungsi-fungsi penting di dalam badan ternakan. Seperti natrium dan kalium penting untuk konduksi perangsang dalam serat-serat otot dan polarisasi elektrik bagi membran urat saraf. Tambahan pula, potassium digunakan untuk mengekalkan potensi membran di dinding sel dan tekanan osmotic dalam sel-sel. Dengan natrium sebagai antagonisnya, kalium bertindak mengaktifkan enzim-enzim dalam karbohidrat dan metabolisma lemak.

Magnesium untuk menguatkan saraf-saraf

Magnesium satu komponen penting bagi tulang dan gigi haiwan, dan ia memainkan peranan sangat penting dalam pengaktifan enzim-enzim. Ia juga amat penting untuk kestabilan urat saraf dan pengecutan otot, kekurangan magnesium menyebabkan haiwan mengalami kekejangan, menggangu kelancaran tindakbalas urat saraf dan kurang selera makan.

Gejala kekurangan magnesium terhadap ternakan

Oleh kerana binatang mempunyai keupayaan terhad untuk menyimpan magnesium di dalam badan, bekalan magnesium yang tinggi sangat diperlukan. Keperluan magnesium bergantung kepada peringkat umur, prestasi, berat dan jenis bekalan makanan yang digunakan. Sebagai contoh anak kambing biri-biri memerlukan 1 g magnesium dan kambing biri-biri betina dewasa memerlukan 3 g Mg / hari. Gejala-gejala bagi kekurangan magnesium contohnya lembu tenusu, semasa kelahiran, anak lembu mengidap penyakit anorexia iaitu kurang selera makan, kehilangan berat badan yang mendadak, pengeluaran susu merosot dan cirit-birit. Oleh itu dalam mencegah gejala tersebut pengambilan magnesium perlu di beri secara betul samada dalam makanan, minuman atau rumput yang diberi makan dikenalpasti terlebih dahulu samada kandungan magnesiumnya rendah ataupun tidak.


Keperluan Bakuhanseki terhadap ternakan ikan

Kebanyakan ternakan ikan sering terdedah kepada penyakit 'Fish Dropsy' di mana ia disifatkan sebagai penyakit perut yang bengkak atau berongga (Asites). Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria melalui makanan atau air yang tercemar. Sejenis bendalir akan keluar dari dalam tisu-tisu badan dan rongga-rongga ikan tersebut yang menyebabkan ia tidak dapat makan dengan baik , kelihatan tidak berapa sihat, menjadi lemah dan lembap selain mempunyai mata yang cengkung, dan sering berada di bahagian atas atau tinggal di dasar kolam. Seperti yang umum ketahui, cara yang selalu diguna pakai adalah dengan memasukkan antibiotik,EM atau Erythromycin. Kaedah yang paling berkesan dan menjimatkan adalah dengan menggunakan Magnesium Sulfate atau Bakuhanseki (purata 20mg.L). yang dapat mengeluarkan cecair penyakit ikan tersebut.

Kolam yang mengandungi Bakuhanseki di Jepun.

Kajian kesan Bakuhanseki ke atas ternakan keli di Malaysia

Melalui pemerhatian kami, dengan penggunaan bakuhanseki ini tempoh tumbesaran ikan keli yang kebiasaannya mengambil masa selama 3 bulan untuk matang, dapat disingkatkan kepada 1 1/2 hingga 2 bulan ( 40-50% ). Perkembangan tumbesaran yang luarbiasa ini terjadi kerana ternakan dapat menghadam dan menyerap zat makanan dengan amat baik sekali. Daging ikan juga menjadi lebih pejal, warna kulit lebih terang serta permukaan dalaman perut lebih bersih.


Ikan keli membesar hampir 2 kali ganda hanya dalam tempoh 10 hari penggunaan Bakuhanseki. (sila klik di gambar)

Ikan keli menjadi lebih besar, sihat dan warna kulit lebih terang dan berkilat selepas 4 hari penggunaan Bakuhanseki. (sila klik di gambar)

Bakuhanseki digunakan untuk kolam yang menempatkan
50,000 ekor benih keli di Negeri Sembilan.


Keli membesar kurang dua bulan dan hidup sihat.
Kadar kematian juga berkurangan.

Keli hasil daripada penggunaan Bakuhanseki, kulit lebih cantik,
isi pejal dan berat purata 350g tiap seekor.

Penggunaan Bakuhanseki untuk ternakan keli dalam kanvas.

Tumbesaran keli sangat cepat purata 7-8 inci seekor walaupun baru 29 hari.

Bakuhanseki juga telah berjaya bagi kaedah ternakan keli di dalam kolam tanah.


Kaedah kolam kanvas paling menjimatkan ini juga menggunakan produk Bakuhanseki.

LAPORAN DARI LABORATORY OF FISH NUTRITION, TOKYO UNIVERSITY OF FISHERIES, KONAN 4, MINATO-KU, TOKYO TERHADAP KEPENTINGAN MINERAL MAGNESIUM UNTUK TERNAKAN IKAN.
(Bulletin Of The Japanese Society Of Scientific Fisheries)





Berdasarkan laporan di atas, kajian yang dilakukan selama 2 minggu terhadap spesis ikan air tawar di bawah seliaan makmal, gejala-gejala paling ketara kekurangan mineral magnesium adalah kadar kematian yang tinggi, kurang selera makan, pertumbuhan yang terbantut, kelembapan bergerak dan keadaan ikan seperti terkial-kial manakala pemberian mineral magnesium kepada ikan dalam kuantiti yang betul menyebabkan kadar tumbesaran ikan meningkat dan langsung tiada kematian yang dicatatkan.

KESAN BAKUHANSEKI TERHADAP PEMBIAKAN PLANKTON

Keadaan air masih jernih dan ph seimbang di samping plankton membiak cepat di dalam bekas takungan yang mengandungi bakuhanseki.

Air menjadi toksik setelah kehadiran bakteria di dalam takungan air biasa yang tidak mengandungi bakuhanseki.

Takungan air ini adalah yang paling teruk tercemar yang mengandungi baja berasaskan najis cacing.

KAJIAN KESAN BAKUHANSEKI TERHADAP PEMBIAKAN CACING

Telur cacing menetas dan membesar 2 kali ganda
(sila klik di gambar)

KAJIAN KESAN BAKUHANSEKI TERHADAP TANAMAN

Kajian penggunaan Bakuhanseki keatas pokok terung selama 4 hari
(sila klik di gambar)

Kajian penggunaan Bakuhanseki keatas pokok kucai selama 4 hari
(sila klik di gambar)


Ketinggian luarbiasa pokok jagung sehingga 11 kaki
(sila klik di gambar)

Pokok jagung mengeluarkan hasil dalam tempoh sebulan setengah
(sila klik di gambar)

Pokok cili padi yang tidak dirawat kelihatan sakit dan tidak mengeluarkan buah

Pokok cili padi yang dirawat menggunakan Bakuhanseki mengeluarkan buah yang banyak dengan cepat.

Saiz cili padi lebih besar

Pokok orkid yang tidak dirawat

Pokok orkid yang dirawat menggunakan Bakuhanseki





Pokok bunga yang menggunakan Bakuhanseki kelihatan segar dan menarik.

Pokok limau kasturi telah mengeluarkan bunga setelah 2 hari penggunaan Bakuhanseki.

Pokok Bunga Kembang Pagi yang tidak menggunakan Bakuhanseki

Pokok Bunga Kembang Pagi yang menggunakan Bakuhanseki

Pokok anggur yang menggunakan Bakuhanseki.

Buah anggur kelihatan lebat dan segar walaupun hanya ditanam di dalam pasu kecil.



Perubahan daun mempelam yang ketara setelah menggunakan Bakuhanseki.

Padi yang menggunakan baja biasa, daun kelihatan kekuningan.

Padi yang menggunakan Bakuhanseki ini kelihatan sihat kehijauan.

Gambar yang dikirim pengguna ini menunjukkan pokok pisang mampu hidup subur walaupun hanya di dalam bekas plastik setelah diberi Bakuhanseki.

Projek R&D di Pokok Sena, Kedah

Gambar belimbing besi yang diberikan oleh pengguna Bakuhanseki menunjukkan buah yg lebih besar,cantik dan juga lebih lebat.(Terima kasih Wak)

Gambar ayam yang menggunakan produk Bakuhanseki.Ayam kelihatan lebih sihat. (Terima kasih Shany)

Antara testimoni yang kami dapat dari pengguna adalah :-
-Mengurangkan penggunaan ubat ke atas ayam.
-Dapat meningkatkan mutu dedak ayam/makanan ayam.
-Dapat menggantikan penggunaan Copper Sulfur yang berlebihan.
-Tumbesaran ayam yang cepat dan sihat.

KERATAN AKNBAR HARIAN METRO

Rabu, 3 Jun 2009

GEORGETOWN: Kerajaan diminta supaya menghapuskan dan mengharamkan bahan berasaskan kimia bertoksik dan menggantiknannya dengan bahan alternatif yang lebih selamat. Gesaan itu dibuat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mahu pengharaman bahan kimia bertoksik seperti racun makhluk serangga yang dikaitkan untuk membunuh serangga, tumbuhan parasit dan kulat, tetapi pada masa sama boleh memudaratkan manusia termasuk risiko penyakit kanser,memusnahkan sistem saraf, paru-paru, sistem pembiakan, imunisasi dan endoktrin. Presidennya, S M Mohamed Idris, berkata CAP sejak sekian lama menyokong pertanian semula jadi dengan memperkenalkan beberapa program dan menukar kepada kaedah pertanian bebas racun makhluk perosak serta bahan kimia selamat sekali gus berupaya mengeluarkan hasil lebih baik. "CAP mendesak kerajaan supaya menjalankan usaha lebih keras untuk mengurangkan bilangan bahan kimia toksik berbahaya dan pada masa sama mencegah pengenalan bahan kimia baru di pasaran kerana ia jelas memudaratkan kesihatan manusia," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat CAP, Jalan Masjid Negeri, di sini semalam. Hadir sama Presiden Stroz Services, Stephen L Tvedten dari Amerika Syarikat.



SIRIM DAN LAB REPORT KE ATAS BAKUHANSEKI
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Kami telah menghantar Bakuhanseki ke makmal Biochem untuk mengetahui komposisi bahan yang lebih teliti. Dari keputusan tersebut,tiada bahan-bahan merbahaya terdapat di dalam Bakuhanseki. Data report menunjukkan kadar magnesium yang amat tinggi iaitu 20% disamping ia mempunyai mineral-mineral lain yang memberi kesan positif pada haiwan ternakan dan tanaman. Ini menunjukkan bahawa Bakuhanseki amat baik dan selamat untuk digunakan.

CARA PENGGUNAAN BAKUHANSEKI KE ATAS TANAMAN

Kelapa / Kelapa Sawit
Disyorkan: 0.5 - 1.0 kg Bakuhanseki/pokok/setahun (pokok muda).
1.0 - 1.5 kg Bakuhanseki/pokok/setahun (pokok matang).

Padi

Disyorkan: Pengeluaran 3 relung, 80 – 100 kg Bakuhanseki/6 bulan sekali .

Getah

Disyorkan: Pokok belum matang 100-200 g Bakuhanseki /pokok/tahun
pokok matang 400 - 600 g /pokok/tahun

Pisang

Disyorkan: 225 – 450 kg Bakuhanseki/ha/2-3 kali setiap pengeluaran .

Nenas

Disyorkan: Pengeluaran 55 – 65 t/ha , 400 – 550 kg Bakuhanseki sekali pengeluaran.

Tembikai

Disyorkan: 90-110 kg Bakuhanseki/ha, 2 kali setiap pengeluaran.

Mangga

Disyorkan: Pokok muda 75 – 200 g Bakuhanseki/pokok/sekali musim buah.
Pokok matang 250 – 400 g Bakuhanseki/pokok sekali musim buah.

Kopi

Disyorkan: 100 – 120 kg Bakuhanseki/ha /2 kali setahun.

Jagung

Disyorkan: 100 – 120 kg Bakuhanseki/ha 1-2 kali setiap pengeluaran .

Tebu

Disyorkan: 240 – 400 kg Bakuhanseki/ha 2 kali setiap pengeluaran.

Sawi

Disyorkan: 75-120 kg Bakuhanseki/ha 1-2 kali setiap pengeluaran.

Cili

Disyorkan: 150-200 kg Bakuhanseki/ha

CARA PENGGUNAAN BAKUHANSEKI KE ATAS TERNAKAN

Ikan Air Tawar
Disyorkan: Dicampur dalam makanan 500g Bakuhanseki/1kg makanan 2 hari sekali

Ikan Laut
Disyorkan: Dicampur dalam makanan 800g Bakuhanseki/1kg makanan 2 hari sekali

Udang
Disyorkan: Dicampur dalam makanan 300g Bakuhanseki/1kg makanan 2 hari sekali

Ayam
Disyorkan: Dicampur dalam makanan 100g Bakuhanseki/1kg makanan 2 hari sekali

Kambing/Lembu
Disyorkan: Dicampur dalam makanan 200g Bakuhanseki/1kg makanan 2 hari sekali